Saturday, February 14, 2009

Official Blog JLBM 2009


Untuk mengikuti perkembangan lanjut pertandingan Jomlayan Blogger Mania 2009 (JLBM 2009), anda bolehlah menyemak blog rasmi JLBM 2009 atau secara live di Jomlayan.com.

Monday, February 2, 2009

JLBM Kembali - Musim Ke 3

Photobucket


Salam semua,

Jomlayan Blogger Mania kembali lagi dengan musim ketiga. Lebih GEMPAK pada kali ini. Pendaftaran bg Jomlayan Blogger Mania 2009 telah pun dibuka di Jomlayan.com. Kepada para blogger disana yg berminat untuk mengasah skill blogging anda, ingin memperluaskan pandangan mengenai blog anda, ingin mendapat komen membina mengenai blog anda, APA TUNGGU LAGI..

Jomlah join JOMLAYAN BLOGGER MANIA 2009. Pendaftaran boleh dibuat di www.jomlayan.com .

Thursday, January 8, 2009

PELUANG PENGIKLAN PERCUMA DI JOMLAYAN.COM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Pertandingan Jomlayan Blogger Mania (JLBM) sekali lagi akan diadakan di forum Jomlayan.com. Ini merupakan musim ketiga bagi pertandingan JLBM ini. Walau bagaimanapun, pihak penganjur memerlukan penajaan untuk menampung dana bagi hadiah dan pemberian saguhati kepada peserta dan pihak yg terlibat.



Kami mengalu-alukan sebarang bentuk penajaan, samada dari segi material atau wang ringgit sama ada dari pihak anda. Sebagai balasan terhadap penajaan anda, pihak pentadbiran Forum Jomlayan.com anda menyediakan ruang iklan bersaiz 120px × 60px selama sebulan, di halaman utama Forum Jomlayan.com sepanjang pertandingan berlangsung. Malah, iklan-iklan ini juga akan turut dipaparkan di blog setiap peserta pertandingan JLBM ini sepanjang berlangsungnya pertandingan, dan juga di BLOG RASMI JLBM season 3 untuk selamanya. Iklan ini akan dilinkkan terus ke website perniagaan anda.

Iklan tersebut samada disediakan oleh pihak anda sendiri mengikut saiz yg diberikan, atau pun pihak kami bersedia untuk menyediakannya bagi pihak anda.

Kepada pihak2 yang berminat dengan tawaran ini, anda boleh menghubungi pihak pengurusan pertandingan samada melalui PM (sekiranya anda juga merupakan ahli Jomlayan.com) atau melalui email shinchan_sewel@yahoo.co.uk.

Sebarang sumbangan dari pihak anda, kami alu-alukan dgn ucapan TERIMA KASIH.

*** TAWARAN DI BUKA SEHINGGA 7 FEBRUARI 2009

Saturday, March 15, 2008

Lahirnya JL Blogger Mania

Dgn nama Allah yg amat pemurah lagi amat menyayangi


Tercetusnya idea JL Blogger Mania ini ialah apabila aku yg kebosanan cuba mencari sesuatu kelainan dlm apa yg aku lakukan seharian. Bertapak di Forum Jomlayan, aku mula mengadakan satu pertandingan blog di antara kaki2 blog. Maka dgn itulah lahirnya sebuah pertandingan yg diberi nama JL Blogger Mania, pada 23 Julai 2007.

Dan sehingga kini, JL Blogger Mania telah pun memasuki musim yg ke-2. Aku berharap biarlah pada thn seterusnya aku masih lagi dpt menjayakan pertandingan ini. Telah byk keringat dan usaha yg aku curahkan untuk pertandingan ini. Memang ianya agak memenatkan dan memerlukan perbelanjaan, namun aku puas. Puas kerana telah dpt melakukan sesuatu yg aku sukai. Jurnal ini aku wujudkan hanyalah untuk mengabadikan penat lelah ku ini di sini.


Idea untuk menghasilkan pertandingan ini adalah di ambil dr rancangan2 realiti TV dimana terdapat penyingkiran berlaku pada setiap minggu dan sehingalah pada minggu terakhir, hanya seorang yg akan dinobatkan menjadi JUARA.

SERBA SEDIKIT CARA PERMAINAN JL :

- peserta akan diberikan beberapa item wajib yg perlu diletakkan pada blog masing2
- peserta akan diberikan tugasan setiap minggu dan akan diadili berdasarkan kekreatifan penyampaian tugasan
- penyingkiran akan berlaku terhadap peserta dgn markah terendah

MENGHAKIMI BLOG SESEORANG? PEMENANG MEMPUNYAI BLOG YG TERBAIK?

Tidak, pertandingan ini bukanlah untuk menghakimi blog seseorang. Siapalah aku untuk mengatakan blog ini bagus, blog itu tidak, blog ini yg terbaik, blog ini yg terburuk. Tidak sama sekali. JL Blogger Mania hanyalah sebuah pertandingan suka-suka dan tidaklah bertujuan untuk menghakimi blog para peserta. Malahan markah dan penghakiman juga adalah berdasarkan tugasan yg diberikan kepada peserta samada bagus atau tidak. Bukanlah berdasarkan blog para peserta itu sendiri. Jadi, sesiapa yg tersingkir atau kalah di dalam pertandingan ini, tidaklah bermakna blognya itu tidak bagus, cuma dia tidak dpt menambat hati pihak juri. Tidaklah pula di wujudkan pertandingan ini supaya Juara boleh bermegah2 dgn blognya, namun hanyalah untuk memberi sedikit pendapat dlm melihat blog seseorang.

Harapan ku, JL Blogger Mania akan terus berlangsung dan dpt menarik lebih byk penyertaan.